MY OPEN DIARY

Selasa, 16 Februari 2016

insan yang bernama Ramlan Bin Salleh

RAMLAN BIN SALLEH

Dia adalah seorang ayah yang baik,walaupun kasih sayangnya bukan melalui percakapan tapi cukup lah dari perbuatannya telah menunjukkan asih, sayangnya kepada kami..

Dia seorang suami kepada ibu ku yang sangat sangat baik,yang penuh dengan lemah lembutnya..
yang tidak pernah memukul isterinya..
percakapan yang halus sahaja..
percakapan nya yang penuh lemah lembut..

Dia juga seorang guru..
guru yang telah melahirkan seorang doktor,engineer,cikgu,polis,askar..
dan sebagainya..
dia seorang guru yang penuh dengan kasih sayang..
percakapannya penuh dengan hemah..
percakapannya penuh motibasi buat murid-muridnya..
aku juga salah seorang dari anak muridnya semasa di tingkata empat..
walaupun dia sakit,dia tetap masuk ke kelas untuk mengajar..
walaupun matanya telah kabur..
dia sedaya upaya mananda kertas jawapan peperiksaan anak anak muridnya..
kadang kala dia minta bantuan ku untuk mengisi markah di buku rekodnya kerna dia tidak nampak..
oleh sebab ruangan di buku itu sangat kecil..

Dia seorang pekerja yang sangat sangat disayangi...
walaupun dia memegang jawatan yang tinggi dalam pekerjaanya..
tetapi...
dia menyamakan diri nya dengan orang yang bekerja di bawahnya..
walaupun dia disediakan suatu rungan bilik khas..
tetapi..
dia tetap pergi bercampur di nersama rakan rakannya yang lain...
dia tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain..
baginya semua orang adalah sama taraf..
dia seorang pekerja yang sangat dedikasi..
sewaktu dia menghembuskan nafas terakhirnya ketika dia sedang bertugas sebagai seorang fasilator di rembau..

Dia seorang kawan yang sangat baik terhadap rakan rakannya..
apa apa bantuan yang rakannya perlukan pasti dia menolong..
walaupun masa itu dia tidur dia sanggup bangun untuk bergegas menolong rakannya..
apa jenis barangan yang rakannya jual pasti dia beli..
untuk menjaga hati dan sekali gus menolong rakannya
dia selalu memasak buat rakan rakannya..
hampir setiap hari..
dia selalu meminta aku buat kek lebih untuk diberikan pada rakan rakannya...
itulah dia..
ayahku yang sangat sangat pemurah dengan memberi orang makan..

Rindu padanya tidak akan hilang..
biarla kenangan yang selalu menemani...

merinduimu

setiap saat..
setiap detik..
setiap waktu...
hati masih merindui mu..
walaupun sudah dua bulan ayah pergi..
belum 2 tahun..belum 2 bulan?
tapi rindu pada ayah tersangat sangat dalam..
andai waktu dapat diputar..
akan aku ada bersama mu..
akan ku luangkan masa ku bersama mu..
setiap masa..dan membuatkan mu ayah yang paling bahagia di dinia ni..
kerana mempunyai anak yang dapat membahagiakan orang tua nya..
tetapi aku akur apa yang ditetapkan..
walaupun ayah pergi saat aku memerlukannya lagi..
sangat memerlukan..
hilang lah satu sumber kekuatan ku..
hilang la satu sumber penrgantungan ku...
tak dapat bayangkan..
tanpa ayah untuk aku pergi sambung belajar
semasa aku nikah?
bukan mudah untuk menerima..
bukan semua orang boleh menerima..
terlalu cepat dia meninggalkan dengan
pelbagai memori yang indah..