MY OPEN DIARY

Khamis, 19 April 2018

KUNDASANG SABAH

dengar je perkataan kundasang mesti alam fikirikan korang akan automatik terfikir tentang ladang yang bewarna hijau yang indah ala-ala newzealand kenn tambahan lagi ada lembu hitam putih tu kan hahahha...
Nah muka happy tak sabar nak ke kundasang yay..

Alhamduillah dapat juga jejak kaki ke sana walaupun 3 hari je..ikut rombongan sekolah ibu..
kitaorang bermalam di kundasang semalam and di kota kinabalu semalam..

kitaorang sampai KK hari sabtu,so terus pergi kundasang..OTW tu singgah jabatan tamparuli..
masyaAllah seram juga lah duduk kat atas tu..mengucap siap siap..
Nampak sangat tangan duk genggam sebab takut


pemandangan dari jambatan
lepastu dah singgah situ..kitaorang pergi ke satu pekan ni tak ingat la apa nama tempat tu..nisa rasa pekan Nabalu..kat situ banyak la jual barang..
baju,keychain,ole-ole and memacam la..
nisa nasihatkan korang beli la siap siap kat situ sebab kat situ murah..kalau kat KK harga mahal sikit..
haritu menyesal la juga tak beli siap-siap sebab ingatkan dekat situ mahal..rupanya murah je huhuhu..

ni view dari pekan nabalu tu

So dah habis aktiviti membeli belah kitaorang terus kee pekan kundasang then pergi memorial peperangan (tak naik pun sebab malas and mamai tidur banyak dalam van)
lepastu barulah chek in dekat homestay..dah sampai homestay tu jamak siap siap la zohor dengan asar lepastu terus makan malam..
 duduk di homestay tak payah pakai aircond dahh angin dia masyaAllah rasa cam tak nak mandi pagi wehh..
tapi terpaksa la juga mandi..bayangkan ambil wuduk je pun korang dah boleh mengigil..memang sejuk la kann..
kebetulan kitaorang dapat homestay yang bebetul view berhadapan dengan gunung fuhh cantikkkkkk rasa macam tak nak balikkkk huhuhu..jangan tanya harga sebab semua agen yang uruskan..

homestay
ni view dari homestay kitaorang

So,keesokkan harinya..bangun pagii..sarapan..chek out homestay..
lepastu terus gerak ke fish massage dekat kpg luanti..kat sana banyak ikan and ikan dia besar-besar..siapa nak letak kaki dalam sungai tu lepastu bagi ikan gigit boleh la try sebab diorang kata ikan tu boleh buang sel sel kulit mati..
nisa tak berani huhuhuhu sebab geli dengan ikan..nak pegang pun takut tauuu..


ni la ikan dia.anda fikir saya sanggup letak kaki dekat mereka??hahahaha


ala ala model laa teringin jugak walaupun bam bam hahaha


lepas dahabis bermassage kitaorang pergi  ke sabah tea... kat situ yang menarik bagi nisa sebab harga kopi tenom yang dijual kat situ jauh lagi murah daripada yang dijual dekat pasar filipine dekat KK
so beli la siap siap kopi tu.. And series kitaorang tak beli pun sabah tea sebab tak minat sangat dengan teh ni..
sabah tea

bondaku sayang

mini love untuk awak

dah habis lawat ladang teh..makan tengahari semua..itaorang gerak ke mesilau dairy farm..kat sini la yang view ala ala dekat luar negara tu..boleh la tangkap gambar puas-puas hehe...
and yang best kat sini..
ice cream dia..yang warna putih tu rasa yougurt and yang cekelat tu rasa cekelat la..
lepastu susu kat situ sedapp..nyummm..
nisa ambil yang koko 500ml dalam RM4 camtu..sedapla rasa dia kurang manis and tak muak..
kena try..
lepastu yougurt di mashaAllah sedapppppp..nisa ambik yang perasa strawberry..mahal sikit tapi berbaloi lahh..
tengok view ye jangan tengok orangnya sebab tak nampak muka pong hahaha


nyamannnnyaaaa

lepastu kitaorang pergi ke KInabalu park..kat sini la tempat orang nak pergi daki gunung kinabalu..
teringin la juga nak daki..
tapi bila terdengar ada orang yang dah naik mengeluh cam ni "SIAPA AJAK AKU NAIK GUNUNG KINABALU,AKU PANGKAH KEPALA DIA"
emm terusss musnah hasrat nak naik hahahhhahaha...
so kat situ ada surau semua,kitaorang solat siap siap..
ni la start nak g daki gunung kinabalu tu..emm gambar ni je ada bam ya amat hahaha

lepastu dah habis semua..kitaorang gerak ke rumah terbalik..sebenarnya nisa tak masuk pun dalam tu sebab malas and ngantuk lagi sebab mamai tidur dalam van..lagipun harga masuk dalam RM12..
duit baik pergi makannn..hahahah..

Okay tiba la masanya kitaorang chek in hotel dekat KK rasanya nama hotel tu hotel daya..
okay la alhamdulillah ada tempat berteduh..selesa juga hotel tu tapi malangnya kitaorang yang dapat tingkat 6 aircondnya slowww so malam tu panas sikit la..tapi semuanya okay je..

Keesokkan harinya, kitaorang terus gerak ke SMK Tansau..ye la ikut rombongan koperasi sekolah so kitaorang buat lawatan kat sekolah tu..
sekolah tu bagi aku wowwwwwww sangat..
bayangkat dekat sekolah tu yang wowwwnyaaa diorang ada kedai makan sendiri dalam 5 kedai and diorang sewakan dekat bekas pelajar yang nak berniaga dengan sewa bulanan RM1000..bayangkan la berapa pendapatan diorang melalui sewaan tu kan..
lepastu dekat sekolah tu siap ada nursery..so cikgu2 yang mengajar tak risau dah pasal anak,just letak kat situ je..
and yang paling wowww kat sekolah tu ada bilik pendidikkan dadah..sangat kretif tauu..

bilik pendidikkan dadah


lepas dah habis lawatan ke smk tansau..kitaorang balik hotel and chek out..
dah chek out kitaorang pergi ke pasar filipine..
kat situ banyak la jualan macam iakan bilis ke apa ke boleh la beli..
nisa cuma beli gelang mutiara je sebab tu je minat hahaha ibu beli barang2 untuk orang semenanjung..satu kotak juga laa..
gelang mutiara Rm15

gelang batu merah Rm15..


Dah habis beli barang semua..so driver van offer nak bawak ke kilang kek lapis..emm siapa tak nak kenn..hehehe mestilah nak..
dengar cerita kalau kat sarawak kek lapis tu dah RM21 ke atas kan??
kat situ cuma RM18 jur..
so nisa gan ibu ambil 3 jenis je sebab takde siapa nak makan..
nisa ambil perisa chesse (ni paling sedap).pepermint and coffee..

dah habis lawatannn ke semua tempat..
sudah tiba masanya abang driver van hantar kitaorang ke airport..
emm sedih nyee bye abg van and bye sabahhhh huhuhuhuhu..
fligt kitaorang dalam kol 8.15pm so sempatla makan semua dulu sebelum bertolak balik..
kitaorang naik Malindo and sangat selesa...


Alhamdulillah ni satu percutian yang indah bagi nisa..jalan-jalan dapat tengok tempat orang and rasa tak nak balik sebenarnya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudi menegur...