kawan,sahabat?
ya aku ramai kawan tapi sahabat?
yang ada ketika aku susah..yang ada masa aku memerlukan..yang ada masa aku sedih?
mana pergi yang ramai tu?
mana pergi semua?hanya ada sorang aje sahabat yang ada masa aku susah ke senang ke...
tq sahabat..
tu baru dinamakan sahabat..
kawan?
hanya ada masa kau senang..hanya ada masa kau tak ada problem..
hanya ada masa untuk aku dengar masalahnya..
tak apa lah..aku tak kisah pun swbenranya..
aku dah faham dah semua ni..
ke aku yang rasa sebegini?
aku keliru..
yang aku tahu hanya ada sorang sahabat ada semasa susah senang sakit sihat aku...
terima kasih sahabat..
I never forgot you..
MY OPEN DIARY
Jumaat, 4 Disember 2015
sahabat
Khamis, 12 November 2015
insan yang bernama cinta
"Jika mahu rasa bahagia,
usaha dan cari.
InshaaAllah kau akan jumpa dan lebih menghargai."
Tolong jadi gembira hari ini.
Senyum. 😊
-----------------------------------------------
haa ada kisah aku nak cerita melalui ayat ayat tu..*eh betul ke idak ayat aku ni? hahaha*
okaylah..mungkin dah masanya untuk aku cerita kot pasal si dia?yaaa yaa yaa..
asalnya dulu dah lama dah kenal sebwnarnya..lebih kurang 3 tahun lepas dah..ibu dok ashik tunjuk aje gambar nya..
okay la..ni pengakuan eh..
dulu tenggok aje gambar dia dalam hati ni tak suka..hahah geram semua ada..
so betulah orang kata..mula mula benci lama lama cinta...hahahah..gelak sorang sorang aje la..haihh..
and now..time bulan 12 2014 rasanya..lepas dia habis spm..
ha aku ni pun stalk la dia dekat "facebook eh facebook"
hmm sebenarnya dah selalu dah stalk..hahaha..shh jangan bagitau dia..
okay..bila da stalk tu jumpa la ask fm dia..lepastu dengan nama ask fm tu aku mula la search kat satu laman sesawang ni..
hahah ada la tu rahsia..
okay..cari cari cari tuttt dah jumpa..
dalam hati dok kata..nak folow ke tak nak follow ke tak..kalau follow dia kenal aku macam mana?tapi rasa tak kenal..
pastu tetiba tertekan button follow...
hahaha...haa tertekan eh tertekan..
nak unfollow nanti dia kata apa pula..
ha biarkan ajela..bukan dia kenal aku.. pun 😂
okay beberapa minit kemudian..
aku ada tweet satu tweet ni..tapi aku lupa..yang aku ingat la pasal addmath kot..
haaa..tetiba dia like..
hahaha dalam hati ni duk berdebar..
eh dia kenal aku ke?alamak malu nya..alamak macam mana kalau bonda tahu?alamak macam mana ni..macam mana tu..
hahahha semua perasaan ada time tu..tuhan aje yang tahu 😂..
okay beberapa bulan kemudian barulah dia berani tegur aku..and start dari situ la dok kenal kenal..
hahahah..
bonda tak tahu lagi ni yang anak dia ashik dok beewassap aje..hahaha yang disangkanya..anaknya n si dia tak bertegur lagi..😂
haa mula la perasaan serba salah dalam diri ni kan..haih maaf bonda maaf...
beberapa bulan kemudian..
satu hari ni bobda bagitau yang aku kena pergi ke assofa sebab ada teknik menjawab katanya..dengan ibu si dia..hahah..okay dalam kesempatan itu..haih happy la jugak nak jumpa dia..lagi happy dari nak menuntut ilmu pula tu..hahahah teruk..
yela first time n first meet kan..eceh ..hahhaha..
so..aku buat la kek tiramisu untuk dia n kek frozen untuk baby..adiknya..
hahah bersemnagat nak buat..
pastu keesokkan harinya..aku bagila kek tu dekat dia..haih nak pandang muka dia pun tak berani..hahah tak tau la..garang sangat..takut..tapi bagus juga dia garang garang macam tu..tak ada siapa berani pandang tau..ehemm..
haa..bila dah habis semuanya..aku,bonda,bedah otw balik..dalam kereta bonda kata dengan aku..ha dik buka la fb mana tau dia bagi chat ke kan?
pastu aku kata..haa data gak de..
pastu bonda kata..buka la hotspot ibu tu..
haih dalam hati aku ni dok kata..
alahai..dia ni mana mungkin chat aku kat fb..dia ni ws aku dengan ws..haish macam mana ni..
hahahah macam macam helah aku buat gara gara tak nak buka fon..tidak nanti kantoi..hahaha dan akhirnya berjaya..
hmm tapi bak kata pepatah..
sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..
bonda tau da pasal yang aku selalu ws dengan dia..hahah..asalnya dah kantoi dengan mama si dia..
tu yang mamanya bagitau bonda tu..
pagi tu ibu aku buat buat tanya aku..
ha dik..ada ws dia ke?kejut dia ke pagi pagi?
sebab mama dia kata ada orang call kejut subuh tiap pagi..bila ditanya pada si dia..dia kata puteri call..ha puterii tu aku la tu hahahah...
ha bagus la bonda tanya aku time tu..
hahah udah la tengah minum air..syukur tak tersedak aje 😂
aku pun buat muka tak tahu..cakap la..eh mana ada..entah la siapa nth cal dia pagi pagi tu..hahahha..dalam hati ni duk risau gerun aje...
pastu bonda kata..
hmm mungkin ada orang ws dia menyamar jadi puteri(aku) la kot..
dalam hati aku ni tak berhenti dok gelakkan kan bonda..
hahahah...
alahai mana ada orang menyamar.
dah memang aku orang nya yang selalu call pagi pagi nak kejut subuh tu..hahaja..
hmm tapi rahsia ni aku bagi tau bonda beberapa jam kemudia..
ahhaha terus terang aje..huh lega..syukur tak kena marah..bonda gelakkan lagi adalah..haih..kalau aku tau..dari dulu dah bagi tahu..
okay la tu sesikit sebanyak perkenalan aku dengan dia..
alhamdulillah sekarang masih juga dengan orang yang sama..
dan aku harap dia orang terakhir..
biarlah aku bukan cinta pertamanya..tapi aku ingin jadi yang terakhir buatnya..
insyallah dengan izin allah..
************************
penyabar,layan kerenah aku,tak pernah merungut itu ini,penyayang dan banyak lagi tu semua dia..dia yang begelar cinta...
ya..aku bersyukur dianugerahkan seorang insan yang sangat sangat sabar dengan aku yang banyak sangat karenah ni..
ye aku mengaku aku bukan yang teebaik buat nya..tapi aku berusaha jadi yang terbaik..
aku hargai insan yang bergelar cinta ini...
biarpun aku tahu ..dari dulu aku kenal dia..ada yang cuba menghalang tapi tak apa la..aku anggap itu sebagai ujian..
tapi alhamdulillah sekarang tak ada dah..
sebab dia swlalu pesan dekat aku ..
" tak apa la..lama lama orang tu bosan..orang tu tak kacau kita dah"
dan aku pegang ayat tu...
aku tak penah dendam apa pun demgan "orang tu"
aku faham..
aku dah mungkin rampas orang yang dicintainya..
tapi aku tak boleh buat apa apa dah...
nak undur diri..aku dah mula sayang pada si dia..
tapi lama kelamaam semuanya jadi okay aje..dan alhamdulillah semakin okay..
okay la buat yang bernama cinta..
ku titipkan suatu pesanan..
"maaf jika aku bukan yang terbaik buat mu..
tapi aku akan cuba perbaiki diri ini buat mu..
jaga la diri..
jaga hati..
jaga matamu..
jaga cinta yang kita jaga selama ini dan untuk selamanya..
dan semaikan lah ia dengan cinta mu..
biarkan ia mekar..jangan pernah biar cinta kita layu seperti pepohon atau bebunga yang kehusan air..
jika kau berasa..kau berseorangan..
ingatlah ...
kau tak berseorangan..
ada allah di setiap gerak geri mu..ada allah yang sering menjaga mu..
taat la pada allah..janga pernah mengingkarinya..
jagalah solat mu..
jaga lah adab mu kepada ibu bapa mu..
jaga la amanah yang besar dari allah iaitu 3 orang puteri dalam keluarga mu itu..
sayangi mereka..
dan akhir sekali...
andai diri ini melukai mu..maafkan la diri yang serba kekurangan ini..
tegur lah diri ini yang serba kekurangan ini..
tegurlah..
tegurlah dan tegurlah..
andai kita berjodoh..
tidak akan kemana..
dan itu yang menjadi permintaan ku pada yang esa..
kalau ditanya..akj la wanita paling beruntung karna diberi peluang mengnali insan yang bernama cinta ini..alhamdulillah...
terima kasih buat insan yang bernama cinta karna sentiasa bersama swhingga sekarang dan semoga hingga ke akhirnya..insyaallah..
Sabtu, 21 Mac 2015
november
ehemmm...
kegembiraan yang kita dapat datangnya dari allah..alhamdulillah kita dikurniakan nikmat itu..
ramai lagi woo yang tak dapat nikmat tu..
so kita yang dapat ni gunakan lah ia sebaikknya yah..
hai hai hai...
haaaa baru teringat nak buka blog..
hmm bukan lupa..memang rindu serindu rindunya dekat blog ni..
tapi memang tak ada masa..
harj isnin sampai sabtu memang full jadual..
ahad nak spend time dengan family..time tulah masak time tula nak rehat..tak sempat nak update apa apa..
okay la nak bagitau ni..
aku dalam minggj exam lagi..
ada lah lagi enam paper..
haa??
enam..
ala...nak rilex ke nak apa ni..
hahahah entah la nak...
masa oh masa mencemburui akuuu
andai waktu yang dapat dikejar,dapat di hentikan,dapat di putarkan aku orang pertama yang akan ambil peluang tu..
huhuhu..tapi apa nak buat,waktu tetap berjalan terus meninggalkan kita..
umur pun sama..ia akan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang..and no return return..
ahaaa..
so moralnya gunalah masa dengan sebaik mungkin..
kita tak boleh beli masa,tapi dengan benda yang berfaedah kita lakukan insyaallah kita dapat kejayaan...
hahah aku saja update gini untuk diri yang tak sedar sedar nak spm ni..huwaaaa lagi berapa bulan aje..
haishhh,kalau diberi pilihan sub yang boleh direject..aku nak sangat reject sub addmath tu..
tapi apakan daya tuan hamba nak menreject sesuka hati ni kan..
haih,haih,haih..
dengarlah keluhan ku ini.........
hahhaha keluhan yang panjang............
dan tidak tahu bila akan berakhirnya keluhan ini............
wuhhh..
Ahad, 8 Februari 2015
2015
Hai assalamualaikum..
huhu lama tak menjengguk blog..terasa rindu serindu rindunya..
wuishhh..
bukan tak mau jenguk
Tapii busy..hari ahad aje free..
isnin sampai sabtu full dgn kelas,kecuali hari jumaat..
tapi okayla tu kan..
dapat peluang ada gpms class tu..free,ada org taja..
rabu pulak,malam dah ada tuisyen bi,aikkkk..
hahmaklumla tau tau aje bi aku gimana kann?
huhuhu..
kebetulan rabu ni aku ada pertandinggan bowling for mssm..harap-2 aku bolelhlaa buat betul-2,
haa lupa nak bagitau..akhirnya alhamdulillah dapat juga lesen motor,tapi dapat L ajo laa..
time latihan tu nak menangis pun ada..
sebab ckg yang mengajar tu garang sangat..
sampai kena tengking,fuhh..berair biji mata ni
tuhan aje yang tahu..
tu latihan seterusnya aku nak buat bulan 4..
hahaha..terukkk..
Jumaat, 9 Januari 2015
tugas
Hai assalamualaikum,
hahaha,rasa macam nak tergelak pun ada.hari Dapat ws dari ketua yang jaga pagar tu,"Haa jangan lupa jaga pagar'
,hahahah..hari pertama sekolah nanti kena jaga pagar depan,sambung kerja tahun lepas..
kufikirin sudah tiada lagi amanah itu..
allah..
Semoga tahun ini aku jadi lebih ber amanah untuk pegang amanah ini,
yah nak dikira sudah 4 tahun jaga pagar tauu
lama tu,ada yang gelar aku mak guard..
okk tak boleh terima,kalau cik guard tu boleh lagi..
huhuh..
pagi-2 paling awal datang pun jam 7.10
paling lambat aku datang 7,40,
haa,aku pun kena tuls nama dengan buku kedatangan tu tau..
tak ada istilah pilih kasih,
kerja aku,jaga buku kedatangan tu la,
bila datang lambat,memang malu..
haih bukan sengaja kan?
walaupun ayah ibu mengajar sekolah yang sama,tapii pagi-2 lambat juga..
semoga tahun ini banyak kenangan yang akan aku jumpa ..
daa
Sabtu, 3 Januari 2015
kenapa Behzad?
RAMAI yang bertanya,apa maksud behzad?
yaa, baru sekarang sempat nak terangkan,huhuhu,
JENG JENG JENG!
Alkisahnya,aku jumpa nama tu dalam sebuah novel je.tajuk novel tu sesuci cinta..
eceh,novel ni time habis pmr baru aku baca,itu pun pinjam dari kawan..
benzad ni mmainkan watak sebagai lelaki parsi.yaa lelaki parsi yaa,bukan malay..hahaha..
okk apa yang menarik tentang watak dia?
Behzad ni islam,tapi kehidupan dia bukan seperti orang islam,yaa duduk di england kan,
haa..then datang seorang gadis melayu,
tu tap tup tap,novelkann biasa lah,
behzad ni pergi belajar tentang ilmu agama ni dengan lagi mendalam..
dia belajar agama bukan sebab perempuan tu,tapi sebab allah..
thenn,perempuan tu jumpa ex lama tinggal si behzad ni..
"hahaha, novel biasa lah "
hahah,sambungggg..
kay,behzad ni pun ada juga perasaan kecewakan,
maka dengan itu,dia buat keputusan nak pergi juangkan agama di mana,aku pun dah lupa,huhu. Faktor umurr,haih maklumlah,
haa bila dia pergi juankan agama tu,rumah,kereta,harta,duit dia tinggal kan pada si gadis melayu tu,
allahh,
kalau ada lelaki macam ni lagi untungnya kita,bukan kerana harta ya,tapi kerana keiikhlasannya.
sebab tu aku tertarik dengan nama BEHZAD.
apron homemade,beg hitote,nama twitter,wc,pun aku letak nama behzad,
dan sebab keindahan nama nya yang bermaksud "jujur dan perhatian"
yaa semoga ada real behzad dalam dunia ini..
semoga behzad itu sentiasa jujur dan perhatian..
Jumaat, 2 Januari 2015
2015 ;D
Assalamualaikum,
Hai,akhirnya dapat juga mengupdate,alhamdulillah..
hmm hai maklumlah,cik wifi baru sihat,nak guna data takut koata habiss .
hee,sedar tak sedar,sudah masuk tahun 2015.
kenapa eh,kalau setiap kali masuk tahun baru orang akan tanya,"apa azam kau"?
hahaha,
yaa,aku pun teringin nak jawab,
aku nak laksanakan azam aku yang lepas tu..
nak jadi hamba yang bertaqwa,anak yang solehah,nak cemerlang dunia akhirat,lupakan perkara lama,perbaiki diri,jangan putus asa,
haa banyakkan azam aku?
hmm..
dan aku rasa itu memang azam aku setiap tahun..
semoga aku dapat perbaiki diri..
step by step pergi yang lebih baik..
alhamdulillah tahun 2014 dua step,thaks bonda
semoga akan bertambah step,
haih hati semoga jangan mudah berputus asa ya..
semoga hal yang mendatang memberi pengajaran..
semoga tabah dalam hadapi kehidupan yang diibarat roda ini,
yaa..
Wahai diri,
semoga hati ini selalu dijaga,dipelihara..
semoga mulut ini sentiasa dijaga..
semoga percakapan sentiasa dijaga..
semoga aurat sentiasa dijaga..
semoga maruah sentiasa terpelihara..
dan
semoga ia akan baik-baik sahaja..
wahai diri,
lihatlah pada pengalaman,
jangan biar pengalaman yang keruh di ingat kembali,
jangan biar ia ada di mimpi mu..
Percayalah,setiap yang hidup pasti ada yang melakukan kesilapan..
Wahai yang keruh,pergilah dan pergilah..
semoga kau jadi pengalaman yang mematangkan diri..