MY OPEN DIARY

Ahad, 3 Januari 2016

pemergianmu..

13 december 2015

andai sahaja saat itu aku bersama mu..
andai sahaja aku dapat melihat wajahmu buat kali terakhir setelah dikafan kan..
andai sahaja aku dapat melihat ukiran senyuman mu setelah dikafankan kerana ramai mengatakan ayah senyum sewaktu dikafan kan..
andai sahaja aku menjadi anak yang terbaik..
andai sahaja aku dapat menjadi anak yang membangakanmu..
andai sahaja kau bersama aku sekarang ini..
andai sahaja kau masih memberikan senyuman mu..
andai sahaja aku dapat mendengar gelak tawamu..
andai sahaja aku dapat dengar segala nasihatmu...
andai sahaja ku ada bersama ku sekarang..

tapi...
allah lebih menyayangi mu ayah..
allah telah mengambil mu lebih awal..
allah mencuit aku dengan ujian yang sangat besar ini..
ujian yang tidak dapat dirasai oleh semua orang ini..
ujian yang sangat pedih..
tapi...
ujian ini la yang akan mendidik aku menjadi lebih kuat...
aku tau allah tak akan uji kalau seseorang itu tak mampu melalui ujiannya...
aku bersyukur bukan bermakna aku gembira atas pemergiannya..
aku bersyukur kerana..
ayah tidak perlu melalui penyakit yang lebih teruk yang mungkin dia tidak dapat tahan dengan melalui penyakit itu..
lihat.allah sangat menyayangi mu..
allah tidak mahu bagi ayah rasa kesakitan...
yang mungkin membuatkannya tidak bersemangat untuk hidup lagi..
sebab itu allah mengambil ayah awal..

sedih?
ya memang sedih..aku tidak ada semasa ayah dikafankan..
aku tak dapat pun nak tenggok wajah terakhirnya...
sebab masa itu aku berada di kedah..kerja bersama ibu saudaraku...
namun ada juga buah mulut yang mengatakan..
mana anak dia?anak dia tak sayang dia ke?anak dia tak balik ke?
ya..
pedih dengar ayat itu..andai sahaja mereka tahu perasaan aku ketika itu..ibarat disiat siat..
andai sahaja mereka tahu...
setelah aku tahu pemergian ayah aku..
aku ingin sekalu aku balik ke melaka saat itu juga..
andai sahaja mereka tahu...
tiket flight pada masa itu jam 5..
andai sahaja mereka tahu pada masa itu tiket flight di alor setar tak ada dan kami bergegas ke pulau pinang untuk mengambil tiket flight disana..
andai sahaja mereka tahu pada waktu itu hujan..yang membuatkan perjalanan kami sukar utuk sampai ke melaka...
andai sahaja mereka tahu tiket flight tiada waktu pagi tiada waktu tengahari itu...
andai sahaja mereka tahu tidak mungkin dari kedah terus ke melaka dengan hanya beberapa minit sahaja...
andai sahaja mereka tahu...bertapa sedih pedihnya aku di sana..
bertapa tidak sabarnya aku ingin sampai ke melaka..
andai sahaja aku tahu ayah pergi..
aku tidak meninggalkannya...
aku sangat menyayanginya...
dari kecil hibgga ke besar aku membesar dengannya..
anak mana yang tidak menyayangi bapanya..
tiada istilah itu..
andai sahaja mereka tahu...

setiap hari apabila aku bangun tidur..alu berharap ini semua hanyalah mimpi..
ini semua buakan realiti..
tapi setiap kali aku bangun tidur..
ini bukan mimpi..
tetapi ini realiti..
pedihnya hati ini..pedih dengan kehilangannya..
dan
allah bagi aku ujian ini ada sebabnya..
kerana ia ingin aku terus berpaut padaNya...
terima kasih ya Allah..
kerana engkau menguatkn aku..
kerana bagi aku hati yang kuat supaya meredhai pemergiannya..
terima kasih ya Allah kerana kau memberi aku terus tersenyum dan membuat insan lain tersenyum..
terima kasih ya Allah emgkau masih meningalkan aku seorang ibu yang baik..kuat..tabah..
terima kasih ya allah kerana engkau telah meminjakan ayah yang terbaik buat ku selama 17 tahun...

ayah...
damailah di sana..
doa anak mu sentiasa bersama mu..
semoga ayah tenang di sana...
doakan adik supaya dapat terus menjadi anak yabg solehah..yang dapat menarikmu ke syurga Allah..
insyaallah...

2 ulasan:

  1. banyakkan bersabar nisaa', i know u're a strong person.. :)

    BalasPadam
  2. stay strong , kak nisa . rabbuna ma`ana . ^^

    BalasPadam

Sudi-sudi menegur...