MY OPEN DIARY

Ahad, 24 April 2016

ayuh

jadilah baik walaupun kita tau kita bukan baik sangat pun..
tak semestinya nak jadi baik kau kena berniqab betudung labuh semua tu..
nak berubah?
ada stepnya..
bukannya dari zero to wowww..
bukann..
samalah macam baby..
takkan lahir je di dunia ni terus boleh kata "hai mama,hai papa?'
huhuhu..
banyak stepnya..
percaya tak bila kau cuba jadi yang terbaik banyak ujian yang terpaksa kau lalui..
kira macam..
dalam fikiran kau ni..
nak jadi baik seolah olah..
kau nak berjaya terus kau nak pegang ijazah terus..
no,bukan macam tu..
ujiannya banyak..kau kena lalu onak duri,puting beliung,gunung tu semua..huhuhu..
tapi percayalah..selepas tu mesti kau rasa nikmat dia..

aku nak tulis pun aku bukan baik sangat..
bukan solehah sangat..
tapi ayuh,kuatkan hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik..
perlahan lahan..


KAU SUSAH?JANGAN RISAU DIA ADA NAK BANTU KAU

percaya tak bila kau susah kau akan tau siapa ada dengan kau...
nak trowback...
hanya Dia yang bantu kita dibumi ini


3 MINGGU LEPAS

bonda tersayang..
masuk hospital pun tak bagitau kita..
tak bagitau sesiapa
nak kita happy kat pulau pangkor dan tak nak menyusahkan orang lain
dia tak bagitau yang dia masuk hosp...
drive dari rumah sorang2..
kuatnya bonda...
dari hari jumaat kena tahan sampai selasa..
n hari ahad malam,masa aku otw balik dari pangkor baru aku tau yang dia dekat wad...
dalam hati ashik gelisah..
nanti sampai rumah cam mana nak duk sorang ni..
tapi cakap kat chef n kawan kawan yang aku okay n da biasa...
tapi sebenarnya seram sejuk jugaa..huhuhuhuuu...
tapi.....
alhamdulillah allah hantar aku dua orang kawan yang baik untuk teman...
keesokkan harinya pula..
hati
gelisah..siapa nak hantar aku ke hospital ni?
nak naik apa?
aku tak ada lesen semua tu ...
lesen motor adalah..
nak ikutkan hati kalau tak ada orang hantar...memang start motor..jalan n redha je...huhuhu...
ws,call kawan kawan semua tak dapat hantar n bila satu tahap aku pun dah pasrah...
tiba tiba sorang kawan wc..
dia offer nak hantar ke hosp..
alhamdulillah allah hantar orang untuk tolong....
dan ada lagi allah hantar orang yang offer nak hantar aku..
alhamdulillah...
sesungguhnya Allah tak pernah tinggal aku keseorangan..
allah sentiasa menghantar pertolonganNya disaat aku benar-benar memerlukan...
baru dapat rasa susahnya kalau tak ada ayah..
ayahh....
don't worry...allah sentiasa tolong anak2 ayah n isteri ayah dekat sini insyaAllah...
allah selalu hantar orang yang baik2 kepada kami ayah....
ayah duduk tenang2 eh kat sana..rehat cukup2...
jangan risaukan kami di sini...

Hargai Kenangan

tahu apa itu kenangan?


weh,meh nak bagi tau..
kenangan sangat mahal weh...mahal..
cer tenggok balik cer trowback..
kenangan kau dengan orang tersayang..
boleh tak kau nak undur masa..nak elak ketawa dengan orang tu?
nak ada dengan dia?
nak buat dia senyum semua tuh?
boleh ke?
bak mai bagitau chek..huhuhuhu..
takkan pernah boleh..
yess tak boleh!
so kenangan yang kita ada..yang kita boleh simpan..simpanlah..
ingatlah manusia takkan selamanya di dunia..tiba masa dia pergi buat selamanya..
kau dah tak dapat dah nak panggil dia..
nak kejut dia lagi..
yang boleh adalah..
kau ingat balik kenangan kau dengan dia..

Kuat dan Tabahnya dia kerana Dia

ayah tak pernah mengadu sakit  selepas kena opret bisul raja tu walaupun doktor tak jahit pun luka tu..
ayah cita..
luka tu siap  boleh sumbat kapas lagi tau...
dalam kan?
huhuhu..
nak dengar ayah ngadu sakit?
tak pernah...
setiap hari kena cuci luka tu tau..
nak cuci kat klinik swasta mau mahal kan??hari hari pula tu..
so ayah cuci kat klinik kesihatan..ataupun kat klinik satu malaysia..
haritu lepas teman ayah makan kat kedai mamak sungai udang tu..
ayah tanya?
dik,tunggu ayah nak cuci luka kejap bole?aku pun angguk..
tunggu dalam kereta..
lama tau..nak dekat 2 jam juga..
ya allah tabahnya ayah..setiap hari dia tunggu lama..tak pernah mengadu..
ibu selalu kata...
allah cuci dosa ayah tu..
alhamdulillah...
haritu kawan ayah bagi setuntuk cuci luka..
kira banyak la..sebab kawan ayah ni kerja bahagian perubatan..
tapi sebenarnya masa tu luka ayah da tertutup pun..
ingat lagi masa tu..
ayah panggil aku..
suruh letakkan kapas kat tengkuk dia untuk tutup luka walaupun masa tu luka tu da ttutup..
lepastu ayah kata..
haa ni doktor kecik ayah ni..huhuhuhu tahu tak perasaan aku cam mana time tu?
rupanya dia nak tinggalkan kenangan indah yang mahal ni tau...
malam tu last tau aku dengan ayah..hari keesokkannya aku balik kedah n lepastu ayah pergi buat selama lamanya...

selain tu..
ayah ada masalah mata juga..
ayah mengalami kencing manis..ada orang kata kalau orang kencing manis ni mata tak rosak tapi luka lambat sembuh..
mata rosak,luka cepat sembuh..

dan ayah aku..dia mata rosak,luka cepat sembuh..

haa sampai satu tahap dia nak tanda kertas exam pun dia tak nampak tau..dia terpaksa beli kanta pembesar tu..sedih tau tenggok...
dulu dia pernah buat speak mata nak cecah rm3000 tapi hilang cam tu je..
huhuhuhu...
kawan kawan ayah kata...
pergi je hosp swasta buat yang rawatan mata..
okay part ni memang aku tak berhenti gelak tau dengan ibu..
kitaorang ingatkan ayah ke hosp pantai tu dengan ada nnya appoitment dengan doktor,siap bawa beg bawa makanan semua kira lengkaplah..
bila sampai hosp tu nasibla baik tak bawa turun beg tu dulu..
hihihihihi kalau takkk....
hehehe..
mati-matian kami ingat dia da ada appoitment denga doktor dan nak masuk wad haritu..
rupanya baru nak ada appoitment haritu..hehehehe,,
masuk keta aku dengan ibu gelak sekuat hati kami dekat ayah sebab semangat kemas barang tau..

okay..ni cerita lain..
ada orang suggestkan buat rawatan kat kem terendak..so aku ikut time tu..
aku tak ingat apa nama rawatannya..
tapi doktor tu kata mata ayah tak bole nak buat apa apa dah..kemungknang untuk tidak dapat melihat lagi tu tinggi..
so doktor ada titikkan satu ubat tu untuk cegah dari buta...

bila di fikir fikir balikk..ini hikmahnya kenapa allah tarik dan panggil ayah awal..sebab dia tak mau ayah sedih dengan sakitnya...

kenangan

tahun lepas..tahun terakhir ayah kan..
huhuhu...
ingat lagi...ayah masa tu kena raja bisul dekat tengkuk dia..
doktor kata kena opret sebab bisul tu berakar...
so,ayah ambil kepurusan opret dekat putra..kena tahan wad nak dekat dua minggu jugala..
setiap hari kami berulang lawat ayah...
balik sekolah mesti pergi..
seingat aku..
lagi seminggu nak SPM rasanya ayah kena tahan wad..
so usungla buku sejarah sebab sejarah kena baca banyak kan?
kalau tak dapat A frust la time tu..
ayah bisik kat aku..dah dah la tu baca..
adik dapat A tu sejarah..huhuhu...
so aku perlahan lahan tutup buku hehehehehe
masa tu bedah is my bff atau akak aku ni sentiasa ada dengan aku..
ikut aku ke sana ke sini..teman aku..
ya allah..besar pengorbanan dia..

so dalam masa dua minggu tu puas hati jaga ayah tau..jam sepuluh malam baru balik rumah...
masa kitaorang nak balik tu nampak la ayah termenung je..
huhuhu..
ingat lagi aku ayah kata..
"nanti adik,ibu,abg pergila umrah"
lepastu aku tanya.."abistu ayah?"
ayah jawab
"ayah tak larat dik"

hmm rupanya betul betul kan ayah takkan dapat ikut...

masa tu kan ayah..ayah nak sangat cepat cepat keluar hospitalkan..
walaupun ayah kna duduk hops tu lagi atas sebab sebab tertentu tapi ayah minta doktor ayah nak balik..

ayah kata,ayah nak tenggok adik exam..
nak tenggok adik masuk dewan spm haritu kan ayah...
alhamdulillah...
ayah dapat balik time tu..

setiap petang ayah akan ambil adik kan yah?
tak pernah lambat ayah ambil..
ayah selalu kata..
tak nak adik tunggu lama lama..
biasanya..setengah jam awal ayah da keluar rumah nak ambil adik..

ada satu hari tu..
ayah lupa nak bagi duit belanja....
kebetulan ayah dapat cuti haritu..
so ayah pun datang sekolah,maybe ayah cari adik tak jumpa lepastu duit tu ayah bagi kawan adik..
ayah bagi duit yang bernilai RM10 untuk  adik belanja..
tapi ayah mesti lupa yang masa tu adik puasa kan?
huhuhuhu,,,

masa balik ayah akan tanya..
dik,cam mana peksa harini?
jawapan yang dia akan bagi..
"ala dik,buat aje"
"adik da usaha,buat aje"
"ayah tak kisah adik tak de A janji dapar credit dik"
"ala dik adik jangan kata addmath gagal,adik boleh punya lulus addmath tu"

huhuhuhu...
dan ayah la orang yang selalu hantar dan ambil adik masa kelas tambahan setiap hari sabru tu kan..huhuhuhu,,,
tak pernah lambat..
kalau lambat pun maybe ayah ada kerja kat kebun,kat sekolah kan ayah?

melepaskan mu

Melepakan mu..
bukan mudah bagiku..
untuk melupakan semuanya..
setiap malam mengenangkan mu..
huhuhuhu..
berat bagiku..
tapi nak tak nak kena lepaskan dia pergi..
ya pergi menjauh..
tinggal kami yang sangat sangat kami sayang..
supaya dia tenang berjumpa penciptanya..
ohh tuhan kau tempatkan lah insan yang kami cintai bersama orang orang yang kamu cintai..
kasihilah dia ya Allah..
kerana kau maha pengasih maha penyayang..
izinkan dia berjumpa kami setiap hari melalui mimpi..
izinkan kami sekeluarga berkumpul di sana..

menulis atau typing huhuhuhu

jari jemari kami takkan pernah berhenti tentang ayah..
TAKKAN PERNAH PENAT..
DAN TAKKAN PERNAH LUPA AYAH
insyaAllah..
ada sahaja yang hendak kami ceritakan..
mungkin dengan melalui menulis dapat kami ceritakan...
bukan sebagai medapat simpati..
tapi sebagai sedikit sebanyak menyembuhkan luka di hati kami...
sebab ayah pun kalau apa apa pun perasaan dia..dia mesti menyampai melalui menulis..tak kira la sajak ke puisi ke apa ke...huhuhuhu...
sebelum ni,banyakkan post post dekat fb ke wc ke insta ke twitter ke tentang insan kesayangan kami tu kan..
mesti ramai kata..
move on aje..
redha aje...
tapi...
tak pernah aku dan abang tak pernah tefikit pun ayah akan secepat ni pergi..
dan
cepatnya kami jadi anak yatim..
sebelum ni tertanya tanya..
macam mana eh perasaan anak anak yatim yang tak ada ibu dan ayah..
huhuhuhu dan sekarang..
aku dah lalui fasa tu
so siapa ada ibu dan ayah lagi..
tu harga paling paling berharga..
jaga baik baik harta tu..
ye kami terima ketentuan...
tak pernah kami salahkan takdir...
kami tidak meminta simpati...
tidak pernah sama sekali...
cuma melalui penulisan kami rasa luka di hati kami dapat diubat..
dengan menulis..
masa menulis kita dapat ingat kembali kenangan kenangan manis kan?
so terubatnya rindu di situ 😉😚

hati II

masa ni kami dari kedah bergegas balik ke melaka sebab tahu ayah masuk hosp..
ibu tak percaya yang dr hosp tuttttttt tu kata ayah just ada gastrik...
oh maybe doc pelatih kot..
dari kedah sampai melaka..
then bergegas ke hosp putra..
ayah masuk kecemasan and doctor kata ayah "heart attack"
dr direct kata if kena kali ke dua..
jatuh terus..
ya allah,hati siapa tak tersentuh dengan ayat doctor tu kan?
dr.nik adalah doc pakar jantung...
nak tak nak terpaksa percaya..
then ayah di masukkan ke ccu 
buat pertama kalinya aku temggok badannya masa tu penuh dengan wayar..
huhuhu...
so,dr.nik cadangkan buat ideorram(tak pasti la ejaannya,yang pasti yang tak mau bagi jantung sempit tu)
but masa tu insurance tu macam problem..biasalah kan..
nak buat sendiri puluhan ribu..
so dr.nik cadangkan buat dekat IJN(institut jantung negara)
nak buat dekat IJN mesti melalui hosp kerajaan..
so DR.nik buat surat pengesahan yang ayah ada heart attack untuk di hantar kan ke hosp tutttt...
then bila sampai ke hosp tutttt untuk nak buat appointment ke IJN
hosp tutttt kata ayah tak ada sakit jantung tu semua..
tapi dr.nik sebagai dr pakar jantung sendiri kot mengesahkan ayah ada sakit jantung dan dia dr yang dikira dr terbaik...
why tak boleh nak tenggok laporan tu?
huhuhu tak tahulah...
dekat sini aku tak salahkan pun doc dekat hosp tuttt,ni dah takdir allah kan...
so terima...
hmm okay..
dr kat hosspp tutttt tu kata..nak tau ayah ada sakit jantung atau tidak..
buat "stress test"
uish..penat kot nak buat benda tu..
orang tu dah la ada masalah..
stress test tu pula kena buat apa je tahu kan...
huhuhu..
so memang ayah tak buat..
kemudian selepas tu..
agen insurance tu bagitau yang insurance dah okay..
dah boleh da nak buat rawatan tu kat hosp putra..
tapi..
memang dari hari ke hari ditangguhkan...
sebab apa sebab allah dah tentukan...
masa nak buat rawatan tu..
ayah kata tak pe..tunggu adik habis spm..
lepastu aku dah abis spm aku ajak ayah...
jom la kita buat ideogram tu..
tapi ayah diam..
so aku balik la kedah..
masa aku kat kedah bonda ajak ayah pula buat ideoram tu..
ayah kata tak pe..
biar adk balik dari kedah dulu..
tapi apa kan daya..
manusia merancang tapi Dia yang menentukan...

ayah rebah buat selama lamanya masa dia kena heart attack buat kali ke dua...

hati

 pertama kali ayah masuk hospital.masa aku,ibu dan abg dikedah..
dan dia menghebus nafas terakhir pun masa aku dekat kedah...
time tu baru habis spm so tolong maksu kat sana..
adala lebih kurang 1 minggu dekat sana..tup tup ayah tak ada..
nak balik melaka...
tiket flight dari kedah ke kl tak ade so terpaksa pergi penang..
and then..
flight delay...
hujnn lebat...
patahnya hati masa tu,tuhan aje yang tahu 💝
tak peduli dah naik flight dengam bau ikan bau bawang bau udang semua..dengan tak berserapan lagi sampai malam...
kira tak lapar juga la time tu..huhuhuhu so sempat diet an an an hehehhe...
tup tup..bonda bagi ws
"izinkan ibu kebumikan ayah dulu"
kawan kawan call..

kawan kawan ws sorry ada yang tak sempat nak reply masa tu..

dalam kepala ni nak aje cepat..

naak  aje pintu yang nak ke flight tu cepat cepat bukak sampai pelakon arjalee kat sebelah aku time tu pun aku tak ambil tahu tak kisah and tak cam huhuhuhu
"nisa kau kat mana?balik cepat ayah kau dah nak kebumi ni",walhal time tu aku masih dekat airport peneng lagi dan berharap sangat aku sempat balik...
rupanya tak...
flight delay..hujan lebat...
siapa tak sedih tak sempat tenggok ayah sendiri buat kali terakhir... 13 december 2016