MY OPEN DIARY

Khamis, 12 Oktober 2017

ASASI KOMUNIKASI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)



Hai Assalamualikummmm....

kepada adik adik yang dapat tawaran ke kuis tu pergi je tak rugi punn lagi lagi untuk asasi..
lagipun 1 tahun jee ada 3 sem..
tak susah nak score pun untuk 3.5 ke atas yang penting jangan le study last minitt..hahahaha..
perlu diingatkan disini yeee POINTER untuk dekan adalahhh 3.75
bukan
3.5 tauu



korang mesti ada duk google kan cana asasi kat kuis ni,cana suasana dia..
selesa ke takkk??
bilik dia cana semua tu kan kan kan??
dah jangan tipuuu baik ngaku..

okay first aku nak cita sikit pasal asrama atau lebih dikenali sebagai qaryah ( untuk pelajar asasi sahaja)
qaryah ni ada 5 tingkat,ha siapa yang dapat tingkat atas tu nasib la nakkkk
tapi aku dapat tingkat bawah atas sebab ada masalah kesihatan..
emm jangan berangan tau ada lift semua tuu
hahahaha hanya dekat PARCEL sahaja ada lift tu untu pelajar degree dan diploma la..

setiap bilik ditempatkan seramai 8 orang pelajar..
ehem korang tak yah nak takut sebabbbb selesa je duduk bilik tuu

lagipun best sebab meja setadyyyyy dia besaqqqq
tapi tapi tapi...
datang cop cecepat hahahaha sebab dalam satu bilik tu kekadang meja study tu hanya ada 6 sahajaa..


sorry sepah ni masa dah abis sem nak balik dahhh

haa ni la meja yang besaqq tuu.aku suka duduk tepi tingkap baru boleh berangan sesorang hahahha selfie pun lighting lawoo

ni locker..kat sini ada dua jeni locker,satu yang kecik cam ni tapi bagi aku besar sebab dia lebar
ada lagi satu jenis tu besar tapi aku tak suka sebab bila besar aku akan sepahkan barang hhahahaha

atas meja siap boleh masak cabonaraa

wellll bole masak lempeng jugaaa


Okeyy selesai pasal qaryah..
thenn
aku nak cite pasal kos aku pulak

kos komunikasi ni sangat sangat la best hahahahaha best untuk orang yang tak suka math macam aku ni la hahahaha..
dalam kos kitaorang takde math langsung wehh..
lagipun lepas korang abis asasi ni boleh je nak sambung psikologi ke,masscom ke pape pun boleh..
aku bulan 12 ni sambung kat KUIM je ambil psikologi memandangkan rayuan UPU aku gagal hahahha sedih ken emm..

kalau nak tau SUBJEK untuk kos komunikasi tu email je la aku dekat nisaafashihah@gmail.com

ni la kekawan kelas aku hahahaha yang sangat peramah

KUIS lawa kenn??

ni kad matrik i hahaha



PASAL MAKANAN PULAKKKK
korang jangan la risauu,takkan kelaparann takkan mahal harga makanan kat KUIS tuu caya la cakap aku..
nasi ayam tak sampai Rm5
pastu nasi goreng ayam serendah RM3 dekat tepi tasik tuuu hahahah
tom yam dengan nasi dengan harga RM5 hahahah murah kan??
ada banyak cafe dalam tuu

dannnnn kat kuis ni banyak sangat festivall...
kat festival tu banyak gila makanannnnn sebab tu aku GEMOK weh..huhuhuhu
part ni la paling sedihh huhuhuhu.....

emm ni jela kott yang aku bole citekan..
nanti pape soalan tanya je kat ruangan komen tu




Rabu, 13 September 2017

RESEPI TEH AIS KAWWWW

Pernah tak rasa kecewa bila buat teh ais,teh ais jadi cairrr tak pekat macam kat kedai tu??hahahahaah tipula tak pernah kan kan kan??
nah resepi teh ais supperrr dupperr kaw kaww..heheheh

1. Serbuk teh cap lori
2. Milo
3. Nescafe
4. Pewarna merah


*REBUS SEMUA BAHAN TU,LETAK SIKIT GARAM,PASTU BOLEH LA BANCUH GAN SUSU MACAM BIASA*


NISA MEMANG BERNIAGA AIR DEPAN RUMAH,SO NI LA HASILNYA

TETAMU MAI RUMAH BUAT AIR NI JE SENANG

KEK MINYAK VERSI KUKUS..SEDAP..MOIST..GEBU

Nisa nak share satu resepi yang best ni heheheh... resepi kek MINYAK VERSI KUKUS
hehehe..
asalnya resepi ni guna susu cair, tapi nisa tukar try guna susu pekat..
hasilnya sangat sedapppppppppp....


RESEPI KEK MINYAK KUKUS

5 biji telur (kalau telur kecik nisa lebihkan 1)

1 sudu besar ovallet ( nisa selalu letak dua sudu,hahaha ni kes selalu derhaka resepi )

1 penutup essen vanilla tu ( punn nia lebihkan sikit)

1 cawan susu pekat

1/2 gula kastor

2  cawan tepung gandum (ayakkan dulu)

1 sudu teh baking powder

1 cawan minyak masak

pewarnaa (ikut suka)


CARA-CARANYA

1. Mixkan telur sampai kembang,lepastu letakla gula,susu,essen,ovallete semua tu (guna mixer yee,pasti kan betul betul kembang,sellaunya nisa memang mixkan lama,sampai adunan tu meninggi sampai ke permukaan bekas)

2. Masukkan tepung gandung,baking powder

3. Masukkan minyak

4. kalau nak bagi kek cantik,boleh buat jadi warna warni,haa buat macam kek pelangi tuu,ikutla cara mana mana nak guna

5. Kukus sehingga masak

6. Lepastu makannnnn



BAHAGIKAN WARNA MACAM GINII

PASTU LOREKKAN LAA SESUKA HATI HEHEHE

NI HASILLNYA

GEBUSSSSS
HEHEHE NI HASIL SETAHUN YANG LEPAS

CANTIKKAN WARNA HITAM PINK
(HITAM TAK MENJADI)


RESEPI KEK CHOCOLATE BERHANTU VERSI SENANG


RESEPI  KEK CHOCOLATE MOIST TANPA GUNA MIXER

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
3/4 cawan koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu teh garam
1 cawan susu cair (nisa lebihkan sebab nak bagi moist)
1 cawan air panas
3 biji telur
1 cawan MINYAK MAZOLA

CARA-CARANYA

1. Ayakkan tepung,soda,baking powder,koko..kemudian letakkan dalam satu bekas dan masukkan gula kastor.

2. kemudian masukkan susu cair,kacau jangan bagi berketul

3.kemudian masukkan air panas,kacau bagi sebati..pastikan gula kastor tu dan larut

4. Masukkan telur dan kemudian masukkan essen vanilla

5. Last sekali baru masukkan MINYAK MAZOLLA

6. Kukus kek sehingga masak..( part ni tak pernah nak tengok jam,kalau dah masak terus angkat )


RESEPI CREAM CHESSE

250grm tatura chesse

1/2 tin susu pekat

1/2 cawan fresh crem (nisa guna susu sejat je,nak sedap guna fresh cream)

*putarkan semua bahan diatas*


RESEPI CHOCOLATE GANASHE

1 cawan koko
 1 tin susu pekat (kurangkan kalau tak nak manis)
1/2 cawan susu cair


CARAA-CARANYA

1. Panaskan susu cair dan pekat atas api

2. Masukkan koko,kacau sehingga tak berketul


KEK COKLAT BERHANTUUU



Bila kek dah masak,bagikan dia sejuk dulu 
kalau siapa yang  nak ada rasa nescafe boleh lembabkan kek tu dengan "nescafe hazelnut"
 lepastu lapiskan dengan cream chesse kemudian lapiskan dengan chocolate ganashe


"AHAAAAA NI CARA LOREKKAN ORANG TAK BERSENI"




* SATU ADUNAN KEK BOLEH BUAT DUA KEK MONSTER NI TAPI IKUT SAIZ BEKAS LA YEEE*

RESEPI KEK LAVA VIRAL

Hai assalamualaikum....

Semenjak dua menjak ni kan,ramai yang dok viral "KEK COKLAT LAVA" tu kenn??heheheh..
bila tengok orang dok jual,udahla sizenya kecikkk,emmm baik buat sendiri..
jimat,banyak dan berbaloi kehkehkeh..
kalau berat naik jangan salahkan mesin penimbang pulak yee...

"HOKEYYYY NI RESEPINYA"

RESEPI  KEK CHOCOLATE MOIST TANPA GUNA MIXER

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
3/4 cawan koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu teh garam
1 cawan susu cair (nisa lebihkan sebab nak bagi moist)
1 cawan air panas
3 biji telur
1 cawan MINYAK MAZOLA

CARA-CARANYA

1. Ayakkan tepung,soda,baking powder,koko..kemudian letakkan dalam satu bekas dan masukkan gula kastor.

2. kemudian masukkan susu cair,kacau jangan bagi berketul

3.kemudian masukkan air panas,kacau bagi sebati..pastikan gula kastor tu dan larut

4. Masukkan telur dan kemudian masukkan essen vanilla

5. Last sekali baru masukkan MINYAK MAZOLLA

6. Kukus kek sehingga masak..( part ni tak pernah nak tengok jam,kalau dah masak terus angkat )


"haaa ni la dieeee kejadian selepas dikukus"


RESEPI CHOCOLATE GANASHE (versi nisa)

1 cawan koko
1 tin susu pekat ( kurangkan sikit kalau tak nak manis )
1/2 susu cair

CARA-CARANYA

1. Masakkan dulu susu pekat dan susu cair dekat atas api

2. Masukkan koko,dan kacau sehingga tak berketul



TIPS NAK BUAT KEK LAVA NI KENA ADA BEKAS MACAM GINI




CARA-CARANYAAAAAAAA


LETAKKAN CHOCOLATE GANASHE DEKAT TENGAH TENGAH YANG BULAT TU
KEMUDIAN SAPUKAN CHOCOLATE DI ATAS PERMUKAAN KEK AND TABURKAN KOKO


LEPASTUUU DAH BOLEH POTONGGGG





DONEEEEEEE







* SATU ADUNAN KEK NI BOLEH BUAT 2 KEK LAVA*

*SELAMAT MENCOBAA*