MY OPEN DIARY

Rabu, 13 September 2017

RESEPI KEK LAVA VIRAL

Hai assalamualaikum....

Semenjak dua menjak ni kan,ramai yang dok viral "KEK COKLAT LAVA" tu kenn??heheheh..
bila tengok orang dok jual,udahla sizenya kecikkk,emmm baik buat sendiri..
jimat,banyak dan berbaloi kehkehkeh..
kalau berat naik jangan salahkan mesin penimbang pulak yee...

"HOKEYYYY NI RESEPINYA"

RESEPI  KEK CHOCOLATE MOIST TANPA GUNA MIXER

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
3/4 cawan koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu teh garam
1 cawan susu cair (nisa lebihkan sebab nak bagi moist)
1 cawan air panas
3 biji telur
1 cawan MINYAK MAZOLA

CARA-CARANYA

1. Ayakkan tepung,soda,baking powder,koko..kemudian letakkan dalam satu bekas dan masukkan gula kastor.

2. kemudian masukkan susu cair,kacau jangan bagi berketul

3.kemudian masukkan air panas,kacau bagi sebati..pastikan gula kastor tu dan larut

4. Masukkan telur dan kemudian masukkan essen vanilla

5. Last sekali baru masukkan MINYAK MAZOLLA

6. Kukus kek sehingga masak..( part ni tak pernah nak tengok jam,kalau dah masak terus angkat )


"haaa ni la dieeee kejadian selepas dikukus"


RESEPI CHOCOLATE GANASHE (versi nisa)

1 cawan koko
1 tin susu pekat ( kurangkan sikit kalau tak nak manis )
1/2 susu cair

CARA-CARANYA

1. Masakkan dulu susu pekat dan susu cair dekat atas api

2. Masukkan koko,dan kacau sehingga tak berketul



TIPS NAK BUAT KEK LAVA NI KENA ADA BEKAS MACAM GINI




CARA-CARANYAAAAAAAA


LETAKKAN CHOCOLATE GANASHE DEKAT TENGAH TENGAH YANG BULAT TU
KEMUDIAN SAPUKAN CHOCOLATE DI ATAS PERMUKAAN KEK AND TABURKAN KOKO


LEPASTUUU DAH BOLEH POTONGGGG





DONEEEEEEE







* SATU ADUNAN KEK NI BOLEH BUAT 2 KEK LAVA*

*SELAMAT MENCOBAA*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudi menegur...