MY OPEN DIARY

Khamis, 18 September 2014

Perubahan yang abadi inshallah ♡

Assalamualaikum hai readers hye stalker. .uhukk macam ada..ngeh-3..
Lama da ta mengupdatee nii..
Haih sibukla katakan.. (sangat)
Emm emm emm..
Na cita ni about perubahan tentang diri aku suatu masa dahulu..hope dapat jadi pape motivation yah readers. ..

Dulu..aku tidak pernah solat, mmg munafik habis..depan orang saja buat baik..aku akui sangat munafik dulu..emm emm..tahun 2012 tahun yang bawa aku berubah..
Antara faktornya ialah aku mendapat suatu mimpi n suatu ceramah yang ďapat menyedarkan kan aku suatu masa dahulu..

Pasal mimpi itu ceritanya gini..
Suatu malam aku bermimpi yang aku, ibu n sorang hamba allah ni pergi ke suatu tempat..
Kami berjalan sahaja dalam satu banggunan tu..
Jalan jalan dan jalan..
Tiba-2 ada suara yang mengatakam..
"Jika diri kamu hilang secara tiba-2, bermaksud kamu masuk syurga"
"jika kamu jalan n menuruni suatu tangga dam menjumpai suatu pintu itu bermaksud kamu akan masuk neraka"
Allahu perasan masa itu sangat takut..
Kami pun berjalan dan berjalan..tiba-2 ibu hilang..
Yah..dalam hatiku berbisik, ibu mungkin ke syurga..
Aku teruskan perjalanan dengan seorang hamba allah ni dan kami menjumpai pintu itu..
Kami takut mahu membuka pintu itu, ketika kami cuba membuka pintu itu..
Ada suara mengatakan..
"Aku bagi kau satu peluang untuk berubah"

Itu sahaja mimpi yang aku ingat..
Allahuu..aku terbangun dan mula berfikir..
Sekiranya benar ibu ku ke syurga, tetapkanlah ia di syurga ya allah.. :)

Selepas malam yang aku mimpi itu, aku cuba perbaikj diri aku..tetapi solat aku tetap tidak full...
Solat aku start full sbb aku menghadiri suagu ceramah or motivasi dari seorang penceramah semasa di kolej komuniti semasa teknik menjawab..
Di situ beliau (ustaz) menceritakan pelbagai-2 cerita tentang islam, hormat ibu bapa, solat n another things..

Mulai hari itu..alhamdulillah solat aku full..
Even terlajak subuh, tetapi aku ttp qada'..aku sudah tidak berani nam tinggalkan solat..
Aku takut melakukan kemungkaran itu..
Namun..diri ini tidaklah sempurna,selalu juga solat lambat masa..kadang-2 mulut ni berverita hal tidak berkenaan..
Kadang-2 telinga ini mendengar benda tidaj patut..
Kadang-2 mata ini memandang benda yang tidak perlu..
Dan banyak kekurangan diri ini yabg harus diperbaiki..

Haihh...readers tamau la bosan-2 ya dengar cerita saya ni..
Saya hanya mampu berkongsi mengenai pengalaman yang pernah saya lalui..
Saya sangat takut mimpi itu berulang lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudi menegur...