MY OPEN DIARY

Jumaat, 5 Disember 2014

Sekadar perkongsian

Hai assalamualaikum...
Hari ni  macam na share something..
Jeng jeng jeng apakah ituu..
Okk aku nak kongsi resepi kek tiramisu a.k.a tira miss you..
Ecehhhh..tambahan aje tu..semoga perkongsian ni memberi manfaat..
Yela tahu depan mana sempat nak jual kek ke apa kan..
Okk kek tiramisu yang aku nak share ni macam kek harijadilaa yang berat 2kg tuu..
Kalau yang dalam bekas yang jual rm12 tuu nanti aku kongsi yah..

Bahan membuat kek

150grm buttercup (kadang-2 aku derhaka dok ubuh 175grm tapi sedap)

5 biji telur

1 sudu besar ovellet (tapi aku derhaka letak 2 suduu tapi kek lagi lembut dapp )

1 cawan gula(aku kurangkan sikit,yela nanti dapat penyakit pula siapa yang makan manis-2)

1 sudu kecil choclate emalcoo (yang ni aku tambah sebab kalau letak ni,kek yang bakar pun dia akan rasa macam ada cekelat moist-2 dalam kek tu)

1 sudu kecil vanilla essence (lebih pun ta pee,aku selalu derhaka)

1 cawan tepung naik sediri (kalau guna tepung gandum nanti takut ta sedap sbb kemungkinan dia akan padat)

1/2 cawan koko

Cara-cara

1.awak campurkan butter and gula.mix sampai jadi betul-2 d kembang n sampai gula tu pecah(ehh aku ta tau na guna istilah apa ni).pastikan gula tu dikisar dahulu yahh..sebenarnya kena guna gula halus tapi takpee aku derhaka juga kali ni..hihihi..

2. Selepas butter n gula tu da betul-2 kembang,boleh la masukkan telur tu satu persatuu..perhatiann yaaa..jangan masukkan sekali limaa..
selang satu telur tu ambil masa 1 minit..pandai-2 ya adjust..

3.masuk kan ovellet tu..ingat tauu masuk banyak baru jadi lembut (hahahha teori apa aku ikut ni,aku buat bedasarkan rekaan resepi aku)

4.bila dah yakin adunan tu da betul-2 kembang kannn,bole la letak chocolat emolco tuu n vanilla essence..

5.ayak kan tepung self raising tu dengan koko,then masukkan ke dalam adunan..
mix kan dulu..

6.bole masuk ke dalam oven selama 50 minit..suhu salam 160° yah..
pastikan api oven tu api bawah sahaja..
jngan buka atas bawah,nanti kek bantat..menangis ta berlagu nanti ��

okey donee,hope faham ya atas perkongsian resepi yang mudah ni..
sebenarnya ni kek span,tapi aku olah untuk jadikan ia kek coklat..
kalau na buat kek span,just ta perlu letak koko n coklat emulco aje..
mudahkan??

Okeyy ni resepi untuk buat topping dia..

500grm cream cheseeee

1 cawan gula (aku kurangkan sebab,aku beli fresh cream yang da manis tu)

fresh krim (ikut suka aje sebenarnya aku na letak banyak mana..hahaha aku ta pernah ikut sukatan..so pandai-2 adjust..
hehehe)

cara-cara

1.mixkan cream chesse n gula dahulu,

2.kemudian dalam brkas yang lain,putarkan fresh krim sehingga kental.

3.campurkan cream chesse dengan fresh cream,then putarkan..(kalau nak wangi bole letak vanilla essence,kalau nak masam bole letak lemmon, dan kalau na canti bole letak warna warni..hehehe)

kalau nak deco pula,
Ni cara-caranya..

1.belahkan kek tu pada 2 atau 3 bahagian..kalau nak senang 2 pon bolee jeee..

2.bancuhkan nescafe,ta usah ubuh gula yaa..
then air bancuhan tu letakkan sikit-2 dekat bahagian yang telah dibelah tu..
then boleh la lepakan dengan creamchesse frosting tu..kalau yang ta suka nescafe,ta perlu letak pon ok je

3.ikut step yang dia atas,sebab da belah kek tu pada 3.bahagian kan??
hehehe,hope faham ya apa yang aku cba terangkan tuu.

4.dah siap lapis kan,boleh la mula mendeco..macam macam cara kamu na buat pun boleee..

p/s kalau na kek lagi tinggi,buatla dua adunan,
lagi tinggi dan cantik..series ta tipu..
tapikaaannn..
tahap kemalasan aku ni tinggi,so aku ta buat dua adunan..hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudi menegur...